Saturday, October 30, 2010

alhamdulilah :D



new phone ! thanks Ayah .. 

p/s: credit to my sis because she wills to edit this picture

cerpen : Ya Allah ! aku rindu dia

pada tanggal 16 november aku berdiri sambil menggengam segulung ijazah yang telah lama kuusahakan,akhirnya aku berjaya juga.segala-galanya tak akan berhasil sekiranya tiada sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.. tapi dalam kegembiraan aku meraikan kejayaan aku. aku masih teringat pada seorang insan yang betul meninggalkan kesan dalam hidup aku.insan yang kini sudah hampir 6 tahun tiada di dunia ini tapi masih kekal dalam jiwa aku selama-lamanya.

insan yang aku maksudkan ialah syafiq.beliau adalah sahabat,teman dan orang yang paling baik pernah aku jumpa.dia adalah seorang budak yang hanya 17 tahun apabila kemalangan itu berlaku sekali gus meragut nyawanya.perkara yang paling pahit pernah aku alami apabila aku kehilangan sahabat yang sentiasa berada di samping aku ketika di saat gembira dan sedih.

syafiq seorang yg rendah diri,kuat agama,jujur dan tenang orangnya.walaupun dia adalah murid yang sering dinobatkan sebagai tokoh pelajar cemerlang setiap tahun,namun dia tetap merendah diri dan menolong rakan-rakannya yang kurang termasuklah aku. Aku dilahirkan dari keluarga yang berada dan keangkuhan aku melampaui batas.aku sering menghina,mengejek syafiq.semenjak dibangku sekolah rendah lagi,aku memang tidak suka pada syafiq,bagi aku dia seorang selekeh dan tidak mempunyai status yang sama dengan aku dan menyebabkan aku sentiasa mengejek dan menghinanya(MAAFKAN AKU SYAFIQ).tetapi satu perkara yang aku kagum tentang syafiq,dia tidak pernah membalas atau memarahi aku atas apa yang telah aku lakukan padanya.

Masuk di alam sekolah menengah ,ditakdirkan aku masih sama kelas dengannya.kebencian aku tetap sama malah setiap hari makin bertambah aku rasa.tapi syafiq tetap dengan perangainya.dia tetap berdiam diri dan tersenyum bila aku mengatakan sesuatu yang kurang enak tentang dia.pada satu hari,aku telah memancitkan tayar basikal tua syafiq,betapa puasnya hati aku pada masa itu.aku tidak sabar untuk melihat syafiq bersusah payah menolak basikal dari sekolah ke rumahnya melalui kereta mewahku.aku merasakan satu kepuasan.

Di tingkatan 2 juga aku masih sekelas dengannya.syafiq masih seperti dulu cemerlang,jujur dan tenang orangnya.dijadikan cerita pada hari itu aku telah sengaja mengambil buku syafiq dan sembunyikannya.cikgu radzif yang masuk hari itu telah memarahi syafiq dan memberi denda berdiri atas kerusi sehingga tamat waktu pengajarannya.aku dan kawan-kawan hanya tertawa melihat syafiq.tamat waktu cikgu radzif,dengan tenang syafiq ketempat aku dan meminta bukunya secara baik daripada aku ”ikah,pulangkanlah buku aku,aku tahu kau yang mengambilnya”kata syafiq. apa ? syafiq tahu aku yang mengambilnya tapi dia langsung tidak beritahu cikgu radzif.aku masih dengan ego aku tidk mahu memulangkan bukunya.Dia hanya mampu berkata” tidak apalah ikah.aku maafkan engkau”. selepas saja syafiq mengucapkan kata-kata itu,aku teringat segala dosa dan salah aku terhadap syafiq. aku tidak tahu kenapa aku seperti mahu meraung dan segera meminta maaf kepada syafiq.Aku segera mendapatkannya dan meghuluran buku yang telah aku ambil .” nah ini buku kau syafiq” syafiq tersenyum dan aku tahu itu adalah senyuman yang paling ikhlas dan bermakna yang pernah dia lemparkan pada aku.aku menagis dandalam kesenduan hanya ini aku mampu ucapkan ”maafkan aku syafiq”.dia mengangguk dan menenangkan aku.Ya Allah betapa mulianya hati syafiq.

semnjak dari kejadian itu ,aku telah menjadi rapat dan rapat dengan syafiq. dan perangai ku yang dahulunya sombong,bongkak,angkuh dan degil kini sudah beransur berkurang.Di atas bimbingan dari syafiq,aku berjaya mengubah penampilan aku daripada tidak bertudung,kini sudah menemui cahaya hidayah untuk memakia tudung,aku merasa gembira dan bahagia atas perubahan aku ini(TERIMA KASIH SYAFIQ).dia juga mengajak dan mengajar aku solat .Di tingkatan 3,tahun peperiksaan.kami sering menghabiskan masa bersama dengan mengulangkaji sambil mengajar ku ilmu agama.walaupun umurnya hanyalah 15 tahun,ilmu didadanya setanding dengan orang dewasa.aku kagum dengan kau syafiq.Ibu bapa kami juga senang dengan persahabtan kami lagi-lagi ibu bapaku yang seperti tidak percaya akan perubahanku dan telah menerima Syafiq seadanya. aku gembira.

Penilaian menengah rendah telah membuka tirainya dan aku menjawab soalan-soalanya dengan tenang dan aku bertawakal pada Allah setelah aku berusaha.aku berdoa agar keputusan aku baik. persahabtan aku dan syafiq masih utuh seperti dahulu.pada tarikh 28 november telah diumumkan tarikh untuk keputusan PMR keluar,aku dan syafiq telah sampai dan kami segera mendapatkan keputusan kami.kabboom! ya ALLAH ! terima kasih aku berjaya dapat 9A begitu juga syafiq.alhamdulilah,betapa syukurnya aku.

aku segera memaklumkan kepada ibu bapa aku dan syafiq juga. kegembiraan kami dikongsi bersama-sama.

tawaran daripada sekolah-sekolah SBP memenuhi peti suratku dan kami telah dapat tawaran SBP di tempat yang sama.alhamdulilah,nampaknya aku dan syafiq memang tidak boleh dipisahkan.kami telah memutuskan untuk pergi SBP yang sama.kami masih berada di kelas yang sama dan semakin hari sayang aku terhadap syafiq semakin bertambah dan aku tidak pasti pada syafiq pula.tapi dalam lamunan aku cepat-cepat mematikan segala angan-angaku bahawa syafiq juga menyukaiku,padaku bukan masanya lagi untuk memikirkan perkara sebegitu.yang penting sekarang adalah belajar dan berjaya.kami tempuhi dua tahun di sekolah berasrama penuh dengan suka dan duka apabila terpaksa berpisah daripada ibu bapa kami. syafiq memang seorang yang bertanggungjawab .dia sentiasa menjaga aku dan sentiasa mengingati aku tentang solatku.tidak lekang daripada mulutnya menyebut apabila waktu telah masuk ”ikah dah solat?” alhmdulilah aku dapat penuhi tuntutan aku.tidak pernah terlintas di hati aku sebelum ni aku akan menyayangi syafiq seperti ni.tapi mugkin ada benar juga kata orang tua dulu-dulu,mula-mula benci,lama-lama suka.ah! itu hanya kata org dulu-dulu.tak perlu la rasanya untuk aku memikirkannya.

Di tingkatan 5 sekali lagi kami perlu menghadapi sebuah peperiksaan yang besar,SPM. seperti sebelum ni.aku mempertingkatkan usaha aku 100 peratus dan begitu juga syafiq.segala tunjuk ajar daripada guru kami aplikasikanya dalam peperiksaan.dan setiap kali keputusan ujian keluar kamilah yang paling cemerlang(terima kasih sekali lagi syafiq). peperiksaan SPM pun kunjung tiba.Aku dan syafiq kini telah betul-betul bersedia untuk menghadapinya. dan bertawakal itu juga perlu. setiap habis sahaja kertas aku akan bertawakal agar Allah juga membantu aku setelah aku berusaha sebaik-baiknya. kertas terakhir pada hari ini memang telah lama kutunggu dan hanyalah aku tunggu keputusan dari apa yang telah lama aku usahakan.

SPM sudah berlalu dan kini keputusan sahaja belum ku ketahui.3bulan aku perlu tunggu dan sementara itu aku telah cari kerja disebuah butik pakaian muslimah.memang seronok disana. hubungan aku dan syafiq masih seperti dahulu tp Cuma sekarang kami jarang berjumpa kerana kesibukan masing-masing.Syafiq bekerja sementara di sebuah supermarket di shah alam manakala aku tetap di kuala selangor,memang susah untuk kami jumpa.tapi kami masih hubungi antara satu sama lain.pengalaman sepanjang 3 bulan aku bekerja memang macam-macam dan saat itu juga aku tahu bahawa manusia ni mempunyai macam-macam ragam.Keputusan akan keluar tidak lama lagi. Aku merasa sangat resah dan gelisah akan tetapi aku percaya bahawa aku tidak akan mengecewakan diriku sendiri dan juga keluargaku.

Kerinduan aku terhadap syafiq semakin hari semakin bertambah,apakah maksudnya? aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan syafiq dan sentiasa diredhai olehNya. insyaallah . Awal bulan mac, telah diumumkan bahawa keputusan akan keluar dan dengan segeranya aku mempersiapkan persediaan mental dan fizikal. aku harap semuanya akan menjadi baik. Syafiq beritahu padaku bahawa pada hari keputusan keluar beliau akan balik kerana syafiq tidak dapat cuti kerana masih banyak kerjanya yang belum selesai.

Pada hari keputusan SPM keluar, aku sudah bersiap-siap pada awal pagi. aku memberi sms kepada syafiq dimanakah dia dan balasan sms daripada syafiq benar-benar membuatkan aku tergamam dan pelik. ”belum sampai lagi,syafiq pun tak tahu syafiq dapat sampai kesana atau tidak.ikah kalau syafiq tak dapat balik,ikah ambilkan syafiq punye ye. syafiq syg ikah” .Apa maksud syafiq ni dan aku benar-benar terkejut dgn luahan daripada syafiq itu.Aku terus menelefon syafiq dan bertanya” kenapa fiq,ada yang tidak kene ke? ” syafiq hanya membalas ”tak ada ape-ape.ikah syafiq syg ikah.ikah jaga diri baik-baik tau. syafiq takut tak dapat jaga ikah lagi selepas ni.teguhkan iman didada ye ikah.sentiasa ingat kewajipan kita.Assalamualaikum” .tidak sempat aku membalas atau menanya .syafiq sudah letak telefonnya.wasalam fiq.

kegelisahan aku semakin bertambah.Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 dan syafiq masih tidak muncul.syafiq juga tidak jawab semua panggilan dan sms ku. Ya Allah ! manakah syafq? .10 minit kemudian aku terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali dan kenal suaranya.suara emak syafiq dan aku pelik kerana suaranya tidak seperti biasa.Kedengaran juga seperti sedang menangis. Aku menenangkan diri dan bertanya ”makcik,kenapa ni? ada apa-apa ke? ” emak syafiq” ikah,syafiq !

”kenapa dengan syafiq makcik. ? ” syafiq sudah tak ade nak ” emak syafiq. ”apa ? macam mane ? yaAllah .. syafiq.. syafiq .. sudah tiada. ”

aku bergegas ke hospital yang diberitahu oleh mak syafiq sebentar tadi.sejurus aku sampai dihospital emak syafiq terus memelukku dan aku terus menangis bersamanya. selepas itu,aku nampak syafiq.Yah ! aku nampak syafiq.. tapi..... kenapa? kenapa syafiq luka sana-luka sini.dan kenapa syafiq tutup matanya.. syafiq kenapa kau baring kaku? kenapa syafiq..syafiq langsung tidak menjawab panggilan aku .aku hanya mampu memandang dan melihat sekujur tubuh yang pernah aku hina keji dan dia jugalah yang membawa aku ke jalan yang benar. aku menangis sepuas-puas hati. terlalu sedih dan terlalu berat untuk aku tanggung. seorang insan yang aku sayangi kini sudah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya untuk menghadap tuhan yang mengasihaninya.

Syafiq pergi dan meninggalkan aku. aku terkilan kerana ayat yang terakhir diucapkannya pada aku sungguh bermakna dan masih terngian-ngiang diminda ku ”syafiq syg ikah” . jenazah syafiq dibawa ke perkuburan islam di kuala selangor dan dikebumikan disini atas permintaan keluarganya. pemergian syafiq secara tiba-tiba benar-benar membuatkan aku tertanya-tanya.syafiq kemalangan dijalan raya sewaktu dalam perjalanan untuk mengambil keputusannya. tetapi atas kelalaian orang lain.syafiq menjadi mangsanya. syafiq telah dilanggar oleh lori semasa beliau berhenti di lampu merah. sebak hati aku mendengarnya. tidak sempat syafiq untuk mengambil keputusannya. aku terasa kehilangan syafiq. dialah yang mengembirakan aku .dialah yang mengajar aku untuk mengahadapi kehidupan ini dengan cara yang betul. syafiq jugalah mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang berguna. setiap kali aku menunaikan solat,aku pasti menangis mengenang kan syafiq dan setiap kali itu jugalah aku berdoa agar syafiq ditempatkan di tempat bersama-sama roh yang beriman.

keputusan SPM aku dan syafiq telah diumumkan sebagai keputusan yang paling cemerlang disekolah . semasa aku menerima keputusan untuk syafiq aku terlalu sebak sehingga menitiskan air mata dikhalayak ramai.dalam hati ku menjerit ”syafiq,kau telah berjaya mencapai apa yang kau hajati selama ini!!!! .”syafiq sepatutnya bersama aku disini untuk berkongsi kegembiraan kami setelah berhempas pulas selama ini.tetapi aku perlu redha atas ketentuan-Nya.Allah lebih menyayangi syafiq daripada aku.aku hanya berharap kau tenang disana syafiq.kau seorang insan yang mulia dan tiada sesiapa yang dapat tandingi kebaikan yang telah kau lakukan.

”akak !!!” lamunan ku terhenti. aku dikejutkan oleh adik aku,arina

dia mengajak aku untuk menyertai keluargaku yang lain. mereka telah membuat satu kejutan untukku sempena hari kejayaan aku. Muhammad syafiq iskandar .itulah insan yang pernah hadir dalam hidupku dan kini dia sudah tiada tetapi dia tetap hidup dalam hatiku. aku merindui syafiq sangat.dialah sumber inspirasi aku untuk berjaya sehingga aku mampu memegang segulung ijazah . walaupun sudah 6 tahun syafiq pergi,tapi sedikit pun aku tidak pernah lupa akan dirinya. aku merindui saat-saat aku bersama syafiq. apakah aku mampu mengundurkan masa? pastinya tidak. tapi hanya ini yang aku ingin katakan , aku sayang kau syafiq.tiba-tiba pipiku dibasahi air mataku . sebak kembali lagi kerana ..........................

”Ya Allah , aku rindu dia!! ”

TAMAT

Diadaptasi daripada cerita yang benar .

hak cipta faya . terima kasih .

Friday, October 29, 2010

convo moment ..


as you can see the picture above , i want to say congralutions to my superb hero "my AYAH" .he deserve for it.
i just want to say I LOVE YOU ayah
without you i am hopeless
so with the scroll in your hand i know you will succes more than before

Monday, October 4, 2010

Trial??!!

Akhirny trial smpi jugak.. Adoi! Kembali menjadi kelawar..
 

Blog Template by YummyLolly.com