Saturday, January 15, 2011

kegunaan facebook


Salam . hye , alhamdulilah faya dapat lagi berblogging pada hari ni . syukur kepada tuhan . okayy ! hari ni faya macam nak kongsi cerita laa , pasal facebook nie . Bak kata orang ni , inilah fenomena yg paling kuat telah melanda dunia dan setiap orang pasti akan terasa BAHANGNYA . korang terasa tak ? pastikan . =P

kalau berada di warungwarung kopi ke , mapley ke , restoran ke , korang pasti dengar pasal citecite facebook ni kan . haha , tu lerw . faya da kate ia satu fenomena yg memang tak boleh ditangkis oleh semua orang . Setiap lapisan umur pasti ada acc FACEBOOK . Daripada yg kecikkecik anak sampai lerw ke tua BANGKA , pun ade acc FACEBOOK nie . Bak kate la an , semua ADAlah . haha . 

So apabila semua lapisan ade acc FACEBOOK ni , pasti ada banyak perangai kan . Bak kate pepatah , Banyak udang banyak garam , Banyak orang banyak ragam
Betol tak ? . Disini faya nak la kongsi sikitsikit pandangan faya . terpulang laa kepada viewerviewer faya yg bijaksan ni menilai k ;)

Penggunaan ke jalan yg baik / elok : 
1. Mengembangkan rangkaian perniagaan
2. Mencari Jodoh
3. Mencari kenalan baru dan lama
4. Mengimbau memori terdahulu
5. Meminta pendapat
6. Mengasah bakat menulis
7. Mengiklankan perkhidmatan/perniagaan
8. Mengetengahkan hasil karya

Penggunaan kejalan yg tidak baik : 
9. Menunjuk-nunjuk kekayaan/kemewahan yang dimiliki
10. Mendedahkan diri mereka yang sebenar
11. Menyebarkan fitnah dan komplot jahat
12. Mengundang perompak/pencuri/penculik mengesan mereka
13. Menggambarkan kehebatan/keberanian diri mendedahkan gambar2 separa lucah milik diri sendiri.
14. Menjalinkan cinta dengan kekasih lama walapun kedua-duanya telah berkahwin.
15. Mewujudkan kembali ‘gang2 haram’ yang dulunya terpisah di alam nyata.
 
 Jadi , viewerviewer yg faya yg bijaksana malah pintar , fikirlah jalan mana yg patut anda pilih kerana sekali anda semua tersilap pilih . pasti ade akibatnya dikemudian hari . Apa yg penting jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi anda , seperti alamat , no telefon dan yg paling penting GAMBAR PERIBADI anda . 
walaupun kawankawan difacebook anda itu , semua nye yg anda kenal , tapi kita masih tak pasti akan hati budinye , RITE ? so , take care of urself and always careful . May ALLAH protect YOU ALL . 

p/s : faya ade acc facebook jugak , addadd laa faya yeee =P hee ~

0 Shout:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com